Firman Allah Taala Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Monday, November 19, 2012

Jauhi Akhlak Buruk Sangka


Muktahir ini, sesetengah daripada kita terlalu mudah dan ghairah untuk mengeluarkan kenyataan atau tuduhan kepada individu lain tanpa sebarang bukti dan maklumat yang benar. Wujud dalam diri untuk mencari kesilapan orang yang tidak sependapat, malah ditabur fitnah dan penuh dengan buruk sangka.

Islam sentiasa menyuruh agar sentiasa bersangka baik sesama insan selagi mana belum ada keterangan dan bukti yang jelas membolehkan kita berbuat demikian.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…” (Surah al-Hujurat: 12)

Ramai di antara kita hari ini gemar menilai perilaku individu lain tapa menoleh diri sendiri. Jika teguran hendak dibuat bagi muhasabah haruslah dibuat tanpa sebarang agenda dan matlamat tersendiri.

Ini jelas menyalahi apa dinasihatkan Rasulullah s.a.w:
“Aku tidak disuruh untuk menyelidiki setiap gerak hati manusia (membaca niat di hati manusia lain) dan perut mereka” (Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742)
Sebagai umat Islam, adab terbaik dan akhlak yang dianjurkan adalah dengan sentiasa berlapang dada, masihat menasihati atas dasar takwa buka atas dasar mencari kelemahan orang lain.

Tidak rugi jika kita tidak membuat tuduhan dan hanya bersifat memberi pandangan dan nasihat kerana Allah adalah bersifat membalik-balik hati takut nanti kita akan tergenlicir dalam landasan yang benar.

Peringatan ini Allah abadikan dalam ayatnya bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Al-Maidah : 8 )

Categories:

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...