Firman Allah Taala Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Wednesday, May 25, 2011

Kubur Tak Bertanda



MAYAT tidak dituntut! Kita mungkin tidak pernah terfikir tentang perkara ini. Namun, ia bukan suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita.Berbeza dengan nasib mereka yang disayangi, mayat-mayat yang tidak dituntut ini biasanya terdiri daripada golongan yang dibuang keluarga, sebatang kara atau hidup jauh di perantauan.Disebabkan ketiadaan saudara- mara atau waris yang mahu menuntut mayat-mayat ini, tanggungjawab lanjut terpaksa diambil alih oleh pihak hospital menerusi kerjasama jabatan agama Islam negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu, timbul pula persoalan mengapakah mayat-mayat ini ‘dibiarkan’ waris dan tidakkah perkara ini memberi kesan tertentu kepada pihak lain yang terpaksa menguruskannya?



Kira-kira 500 mayat termasuk yang tidak dikenali terbiar di hospital- hospital besar seluruh negara setiap tahun kerana tidak dituntut oleh keluarga atau waris masing-masing.Statistik Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan sepanjang tahun lalu, terdapat sebanyak 74 mayat tidak dituntut di hospital itu dengan 33 mereka terdiri daripada yang beragama Islam, manakala 41 bukan Islam.

Manakala di Hospital Melaka, terdapat 15 mayat tidak dituntut tahun lalu berbanding 14 pada tahun sebelumnya, Perak dengan 34 kes dan Pahang mencatatkan 21 kes.Pada masa yang sama, purata kes mayat tidak dituntut di negeri-negeri lain adalah antara 15 hingga 40 orang setiap tahun.Jumlah tersebut tidak termasuk kes-kes mayat tidak dituntut yang gagal direkodkan.Hakikatnya, apa yang terjadi amat memilukan kerana mati dalam keadaan ‘sebatang kara’ tanpa ada waris tampil menguruskan mayat berkenaan.



Selain tidak berwaris, golongan ini terdiri daripada individu yang ‘dibuang’ keluarga, perantau, pendatang asing malah ada juga disebabkan waris tidak mampu menguruskan mayat mereka.Namun begitu, mereka atau mayat-mayat yang tidak dituntut ini masih bernasib baik kerana ada pihak yang sanggup menguruskan pengkebumian atas dasar fardu kifayah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Apa tidaknya, jika mayat-mayat ini tidak diurus dengan sempurna, sudah pasti akan berlaku lambakan mayat di hospital-hospital.Dalam hubungan ini, sama ada mayat-mayat tersebut akan diuruskan oleh jabatan agama Islam negeri atau pertubuhan agama berkaitan, bergantung kepada pegangan agama si mati.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik HKL, Dr. Mohd. Shah Mahmood berkata, hospital memberi tempoh tiga hari bagi jenazah Islam dan dua minggu bagi bukan Islam agar waris membuat tuntutan mayat sebelum keputusan diambil untuk melupuskan mayat itu.




Masalah cuma timbul apabila mayat tersebut tidak mempunyai pengenalan diri, reput atau terbakar hingga tiada petanda untuk mengecam mayat.“Dalam kes seperti ini, kebiasaannya ia akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk diuruskan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.Mohd. Shah menjelaskan, antara cara untuk membezakan mayat Islam dan bukan Islam ialah dengan melihat tanda-tanda seperti tatoo yang ada di badan atau kenyataan waris terdekatSelain diserahkan kepada jabatan agama Islam negeri atau pusat pembakaran (krematorium), terdapat juga mayat-mayat ini dihantar ke universiti tempatan yang memerlukan bagi tujuan pembelajaran atau penyelidikan.

Categories:

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...