Firman Allah Taala Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Tuesday, January 25, 2011

Kisah Penggali Kubur

Pak Mustapo, begitulah nama seorang penggali kubur profesional yang agak veteran jugak usianya. Walaupun beliau selalu berhadapan dengan kubur dan kematian tapi sikit pun beliau tak mengambil sebarang ikhtibar dari situasi tersebut. Apa yang penting baginya ialah duit.

"RM... RM... euro... dollar... pound sterling..." begitulah yang selalu beliau sebut sebutkan. Biasanya pendapatan beliau agak loaded jugak. Satu lubang kubur beliau akan menerima upah lebih kurang lima puluh ringgit.
Woyyoo... bulan ni saja dan enam orang mati. Jadi maknanya aku dah dapat tiga ratus ringgit. Huii... loaded le aku bulan ni. Tiap-tiap hari beliau selalu berharap supaya adaje orang yang meninggal dunia... lagi ramai orang yang mati lagi banyak la beliau akan mendapat duitnya.

"Mintak-mintak ada la orang mati hari ni." Pak Mustapo berkata penuh harapan.

"Issk... apa la abang ni, tak baik berdoa macam tu." Isterinya Cuba memprotes harapan Pak Mustapo itu. Tengah best lepak-lepak tu tiba-tiba...
"Assalaamualaikum..."

"Wa'alaikumsalaam... sapa pulak tu?"

"Aku ni menyampaikan pesan Wak Hanapi... bini dia baru je meninggal. Jadi dia nak mengupah kau galikan kubur," beritahu Pak Mamat iaitu salah seorang penduduk kampung tersebut.

"Ye ke? Syukur... ada rezeki aku hari ni. Best la aku." Dengan senang hati beliau menerima tugas tersebut dan hasilnya dah gerenti la beliau menerima upah yang loaded.

Tapi jika takde orang yang meninggal dunia maka terpaksa la beliau menoreh getah pulak.

"Kalau la hari-hari ada orang mati kan ke bagus... tak payah la aku nak menoreh getah. Takde la terpaksa kena gigit dek nyamuk macam ni." Pak Mustapo merungut sendirian. Tak kira masa tak kira walau di mana beliau berada setiap saat dan waktu beliau terus berharap supaya ada orang yang cepat mati.

"Hai... bila lagi la ada orang yang nak mati lagi ni," begitulah selalunya yang beliau harapkan sambil termenung kat tingkap dapur rumahnya.

"Eh bang, apa termenung lagi ni? Zohor dah lama masuk, pegi la sembahyang." Kata Isterinya yang memang selalu mengingatkannya tentang sembahyang.

"Alaa... kau ni. Aku nak berehat dulu la... sekejap lagi aku sembahyang la." Begitulah selalunya alasan yang Pak Mustapo berikan. Berehat punya berehat, beliau terus lelap dan akibatnya...

"Laa... abang ni, dibantainya tidur pulak hingga waktu zohor dah habih pun abang tak sembahyang lagi." Isterinya terus mengejutkan beliau.

"Eh, ye ke?! Aaahh... takpe la buleh qada' je." Begitulah mudahnya Pak Mustapo menyetelkan masalahnya yang meninggalkan sembahyang itu. Ni la Pak Mustapo ni, kalau pasal sembahyang ambik tak kisah je. Kadang-kadang kalau rasa nak sembahyang beliau akan sembahyang tapi kalau rasa malas beliau langsung tak sembahyang. Sebenamya ramai lagi penduduk dunia ni yang berperangai macam Pak Mustapo tak sembahyang, sedangkan sembahyang tu tiang agama... sesiapa yang tak sembahyang dia telah meruntuhkan agama. Ntah la... tak tau apa sebab diorang buleh jadi macam tu?

Berbalik semula kepada kisah Pak Mustapo ni... ye begitulah tingkah laku Pak Mustapo. Kalau pasal amal ibadat beliau memang tak pemah ambik berat, kalau buat pun setakat ala kadarje. Apa yang beliau tau cuma duit duit... duit... dan duit jee.

"RM... RM... dollar... bilion..."

Suatu hari beliau baru pulang dari pekan.

"Apa hal pulak masa aku lalu depan rumah Haji Din tadi ramai sangat orang kat situ?" Beliau cuba mendapat kepastian dari isterinya.

"Anak dia meninggal eksiden motor... tadi dia ada datang nak suruh abang galikan kubur tapi abang takde. Jadi dia dah suruh Bedul galikan."

"Apaa??" Bedul potong trip aku??!! Cissggrrrkkk!!!!" Dengan marahnya Pak .Mustapo terus berlari melalui semak samun untuk memintas Bedul.
"Haa... itu pun dia!" Akhirnya beliau berjaya memintas Bedul. Pak Mustapo bersembunyi di sebalik semak.

"Nanti kau Bedul... nanti... kali ini aku akan memengsankan kau."
Tanpa Bedul sedari, sebaik saja Bedul melintas di depan tempat persembunyiannya itu, Pak Mustapo terus menyorong sebatang kayu di celah tayar basikal Bedul dan akibatnya terjadilah satu kemalangan ngeri. : "Adui laa..." Bedul berkata dengan penuh kesakitan apabila dia terpelanting dan kepalanya terantuk kat pokok kayu.

"Haa... pengsan pun." Kemudian Pak Mustapo pun pura-pura la tunjuk baik dengan menghantar Bedul balik ke rumah Haji Din.

"Ni haa... aku jumpa Bedul pengsan jatuh basikal."

Akhirya Pak Mustapo berjaya merampas tugas menggali kubur tersebut dari Bedul dan lagi sekali upah yang ditunggu pun menjelma.

"Amacam cukup tak upah tu?" Tanya Haji Din setelah Pak Mustapo menyetelkan kerjanya.

"Cukup... cukup. Okey la aku balik dulu ya..."

Kadang-kadang risau pulak saya tengok abang ni... kerana nakkan duit, abang sanggup menggunakan tektik-tektik kotor macam tu." Isterinya meluahkan rasa tak bestnya atas sikap Pak Mustapo itu.

"Ahhh... kau orang perempuan apa tau. Aku ni haa... yang susah payah cari duit nak bagi korang makan."

Tengah beliau dan isterinya duduk bersembang-sembang tu datang pulak Pak Lebai membawa khabar gembira buat Pak Mustapo tapi khabar sedih bagi orang lain.
"Empat orang sekeluarga meninggal eksiden kereta."

"Apa?! Empat orang satu keluarga mati eksiden. Okey... okey... aku pegi gali sekarang."

Hari itu saja Pak Mustapo berjaya meraih dua ratus ringgit.
"Hoh!! Kaya kita Tipah... yiihaaa!"

Besoknya lagi sekali rezeki mendatangi beliau.

"Lepas subuh tadi Tok Imam meninggal... saya ni menyampaikan pesan isteri dia suruh Pak Mustapo galikan kubur." Bagitau Zaki iaitu anak saudara kepada Tok Imam.

"Ye ke? Okey sekarang jugak aku akan setelkan."

Tengah Pak Mustapo menyiapkan liang lahat kubur tersebut datang seseorang
menyapanya.

"Assalaamu'alaikum Pak Mustapo." "Wa'alaikumsalaam." Pak Mustapo I menjawab salam tanpa menoleh ke arah orang tersebut sambil tu beliau terus melakukan kerjanya.

"Eh! Tak letih ke Pak Mustapo menggali lubang kubur ni?" Orang itu terus bertanya. "Alaaa... setakat lubang kubur ni tak heran aku. Kederat aku ni kederat gladiator kau tau tak." Dengan riaknya Pak Mustapo menjawab bangga.
Kemudian Pak Mustapo naik ke atas untuk berehat dalam seminit dua... sambil tu beliau terus bersembang tapi beliau masih jugak tak menoleh ke arah orang tersebut.

"Hai... dah sampai umur Tok Imam tu ye... dah meninggal dunia dah dia." "Alaa, biasa la tuu... dah tua, mati laa." Selambe je Pak Mustapo menjawab.

"Tapi Pak Mustapo pun dah tua jugak tapi apasal Pak Mustapo hidup lagi?"
"Eh! Yang kau sibuk tanya pasal mati tak mati ni apahal?" Pak Mustapo mula hangin.

Kerana rasa bengkek dengan orang yang menyibuk tanya pasal mati tu Pak Mustapo terus menoleh ke arah suara itu tapi takde siapa pun di situ kecuali batu-batu nesan.

"Eh! Takde sapa pun? Err... habih tu sapa yang bersembang dengan aku tadi ni?"

Tiba-tiba Pak Mustapo terasa seram yang amat sangat... seluruh badannya menggigil ketakutan.

"Gih! Gih! Gih!" Lidah beliau terus kelu akibat ketakutan yang amat sangat.

Dalam keadaan menggigil-gigil ketakutan itu ntah macamana Pak Mustapo telah tergelincir lalu terus jatuh kedalam lubang kubur yang beliau gali itu dan petang itu barulah orang-orang kampung dapat tau tentang Pak Mustapo yang ditimpa tragedi itu tapi sewaktu ditemui beliau telah pergi buat selama-lamanya.

"Kesian... sendiri gali kubur, sendiri mati dalam lubang kubur yang dia gali sendiri." Kata seorang penduduk kampung yang simpati dengan kejadian yang terjadi kat Pak Mustapo tu.

"Kebetulan saiz Pak Mustapo ni sama dengan saiz lubang kubur ni. Aku rasa baik kita pakai lubang ni aje la." Ketua kampung memberi cadangan.

Jenazah Pak Mustapo dibawak balik lalu dimandi dan dikapankan. Setelah disembahyangkan jenazah beliau diusung kembali ke kubur lalu Pak Mustapo pun dikebumikan di dalam lubang kubur yang digalinya sendiri itu. "Habis tu macamana dengan jenazah Tok Imam?" "Apa susahnya... kita gali je la lubang kubur lagi satu." Maka bersemadilah Pak Mustapo bersebelahan dengan kubur Tok Imam.

Walaupun Pak Mustapo tak berhasrat untuk mendiami tempat ini terlalu cepat tapi apakan daya Tuhan yang menentukan segalanya. Kerana kematian itu tak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat. Apabila sampai waktunya, kematian itu pasti datang. Malah kadang-kadang Pak Mustapo buat-buat lupa bahawa tempat yang selalu digalinya itu, pasti akan didiaminya suatu hari nanti. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Pencerita membawa wartawan ke kubur di mana Pak Mustapo bersemadi di liang yang digali olehnya sendiri."

Categories:

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...