Firman Allah Taala Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Thursday, October 20, 2011

Mungkinkah akan berulang selamanya...

By Yulius Prasetyo Rahayu Hari per-1, tahajudku tetinggal Dan aku begitu sibuk akan duniaku Hingga zuhurku, ku selesaikan saat ashar mulai memanggil Dan sorenya ku lewati saja masjid yang mengumandangkan azan magrib Dengan niat ku lakukan bersama Isyak itupun terlaksana setelah acara tv selesai Hari ke-2, tahajudku tertinggal lagi Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama Hari ke-3 aku lalai lagi akan tahujudku Temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dr 200 halaman Dalam...

Saturday, October 1, 2011

Allah Ajarkan Rahsia Kebahagiaan Hidup

Assalamualaikum w.b.t.,Apa khabar sahabat semua? Semoga sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah. Sudahkah kita benar-benar menghadapkan diri dan kehidupan kita sepenuhnya kepada Allah? Berapa peratus? Seratus peratus? Lima puluh peratus? Atau baru sepuluh peratus? Tahukah anda bagaimana mahu mengukur tahap anda menghadap kepada Allah? Mudah saja. Lihat sejauh mana anda menghadapkan diri kepada Allah sewaktu solat. Berapa peratuskan solat anda itu benar-benar sedar kepada Allah dan betul-betul menghadap...

Sunday, September 11, 2011

Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat

Islam adalah iman , ilmu dan amal .Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk batiniah atau rohaniah. Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah danmengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkansegala...

Thursday, August 25, 2011

Lazat Dunia Azab Alam Barzakh

SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.” Teringat saya kata-kata hikmat yang ditulis oleh seorang ahli pondok: “Walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini, suatu hari nanti akan musnah jua hartamu itu hinggalah kamu masuk...

Friday, July 29, 2011

Ibadat seorang yang hilang ingatan (bukan gila) akibat penyakit

Soalan: Seorang yang hilang ingatan (bukan gila) akibat penyakit seperti kerasukan jin, apakah perlu qodha solat/puasa yang ditinggalkan selama sakit itu?. Jawapan: Hukumnya sama juga dengan koma, pingsan atau dibius; ia dikategorikan sbg hilang ingatan tanpa disengajakan; di sini ulamak berbeda pandangan; Jumhur ulamak berpendapat: gugur kewajipan solat jika hilang ingatannya berlarutan hingga dua waktu solat yg boleh dijama'. Cthnya: jika hilang ingatan seseorang itu bermula waktu zuhur...

Sunday, July 3, 2011

Pengurusan kubur di Singapura

Oleh Hazlinda Hamzah Di Singapura, pusara lama akan digali dan dipindahkan ke kawasan baru untuk disusun bagi memberi ruang kepada pusara baru. Usaha mengalih tanah perkuburan dilakukan beberapa tahun sekali. Dari tanah perkuburan Bidadari lebih 30 tahun lalu, ia berpindah ke kawasan Pusara Aman dan kini dipindahkan pula ke Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang. Perpindahan pusara ke tapak baru, mengutamakan konsep ruang yang lebih ekonomikal, memandangkan jasad yang lebih 20 tahun dikebumikan...

Tuesday, June 14, 2011

Bahaya Penyebaran fitnah

SEJAK zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud masalah khabar angin palsu dan fitnah, maka apatah lagi pada zaman serba canggih ini, apa-apa saja boleh berlaku. Justeru, setiap individu muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam setiap perkataannya agar tidak tersalah dalam berkata-kata atau mengada-adakan cerita kerana dosa lidah itu amat berat. Dalam menerima sesuatu maklumat, selidik dulu fakta diterima dan jangan dipercayai seratus peratus tanpa ada sandaran bukti dan dalil yang kuat. Seelok-eloknya...

Wednesday, June 8, 2011

Para Da’ie Yang Berada Di Pinggir Da’wah

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyara...

Monday, June 6, 2011

Hati yang selalu muda

Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda." Hadis ini telah diriwayatkan oleh Muslim. Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda....

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Hiba Dari Kubur Yang Tidak Bernama

Pada suatu petang, beberapa hari sebelum Ramadhan al-mubarak tiba, seorang ustazah yang terlibat sebagai seorang sukarelawan di sebuah rumah perlindungaan orang tua dipinggir negeri selangor membawa Mastika ke sebuah tanah perkuburan Islam. Menurut ustazah ituyang hanya mahu dikenali sebagai sabariah, dia ingin menunjukkan sesuatu kepada wartawan Mastika dan bercerita 'kisah pilu' yang selama ini ditanggungnya sejak menjadi sukarelawan di rumah berkenaan. Saya tak pernah cerita pada sesiapa kecuali...

Kubur Tak Bertanda

MAYAT tidak dituntut! Kita mungkin tidak pernah terfikir tentang perkara ini. Namun, ia bukan suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita.Berbeza dengan nasib mereka yang disayangi, mayat-mayat yang tidak dituntut ini biasanya terdiri daripada golongan yang dibuang keluarga, sebatang kara atau hidup jauh di perantauan.Disebabkan ketiadaan saudara- mara atau waris yang mahu menuntut mayat-mayat ini, tanggungjawab lanjut terpaksa diambil alih oleh pihak hospital menerusi kerjasama jabatan agama...

Suara Penyiksaan Alam Kubur

"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada...

Wednesday, January 26, 2011

Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam. Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih...

Tuesday, January 25, 2011

Pengalaman Sebenar: Mati hidup semula

TANGAN saya kiam. Tubuh saya kaku dan mulut saya bisu. Saya cuba gerakkan anak-anak jari tetapi langsung tidak boleh menguit. Tubuh pula dibungkus kain kapan dan saya sedang terbaring dalam liang lahad. Beberapa biji tanah kepal diletak di bawah kepala. Kubur yang saya diami itu terasa amat sempit dan tidak selesa. Hanya anak mata saya saja boleh bergerak-gerak ke kiri dan kanan serta menjeling ke hujung kaki, manakala badan kaku bagai diikat dan dihimpit sesuatu. Saya ternampak tali yang mengikat...

Kisah Penggali Kubur

Pak Mustapo, begitulah nama seorang penggali kubur profesional yang agak veteran jugak usianya. Walaupun beliau selalu berhadapan dengan kubur dan kematian tapi sikit pun beliau tak mengambil sebarang ikhtibar dari situasi tersebut. Apa yang penting baginya ialah duit. "RM... RM... euro... dollar... pound sterling..." begitulah yang selalu beliau sebut sebutkan. Biasanya pendapatan beliau agak loaded jugak. Satu lubang kubur beliau akan menerima upah lebih kurang lima puluh ringgit. Woyyoo... bulan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...